Tanyalah KAUNSELOR : Himpunan Isu Kekeluargaan dan Masyarakat /
Noor Azniza Ishak
- viii, 216 pages ; 23 cm
Seruan Tanyalah Kaunselor: Himpunan Isu Kekeluargaan dan Masyarakat adalah panggilan khusus kepada semua yang berkeluarga dan berada dalam masyarakat untuk tampil berkongsi isu dan masalah yang melanda diri mereka serta keluarga mereka. Pengkongsian yang bijak dan bermanfaat ini akan dapat membuka minda kita agar boleh melakarkan jalan penyelesaian yang terbaik untuk semua pihak. Apabila manusia dilanda masalah, mereka seringkali buntu dan gagal berfikir secara rasional dalam mencari jalan keluar bagi isu yang mereka hadapi. Kegagalan ini boleh membawa kepada perpecahan, perpisahan, pergaduhan, perceraian serta sakit hati yang berpanjangan. Hasil daripada komunikasi yang bijaksana dan terkawal dapat membuka minda setiap orang dari kita serta mencari penyelesaian yang terbaik serta harmoni untuk semua pihak. Buku ini menghidangkan berbagai cadangan resolusi tentang isu suami isteri, kekeluargaan dan masyarakat. Walaupun resolusi ini bukanlah satu cara yang mutlak tetapi saranan kaunselor ini dapat difikirkan dan ditimbangkan kewajarannya dalam meneroka penyelesaian yang lebih bijaksana.
9789672210146 RM30.00
M181-03342
Family counseling Counseling--Social aspects Government publications--Malaysia